DIARY OF HER LIFE

[..write to breathe, breathe to live, live to learn..]

Home

Mereka mungkin lebih baik..

Posted on December 5, 2010 at 10:40 PM

In the Name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


Mengapa dipersalahkan mereka yang ingin mencuba? Setidak-tidaknya mereka punya niat untuk mencuba. Manusia, selalu ingin merasakan "Akulah yang terbaik" "Aku lebih baik dari dia, dia tu siapa....? Aku?" Siapa anda untuk meletakkan status diri anda, membanding-bandingkan diri anda dengan mereka? 


Perubahan.. tidak pernah mudah untuk dilakukan. Jika mudah, tidak bermaknalah sesuatu perubahan itu. Kadangkala saya geram dengan mereka yang suka menghakimi seseorang, membawa cerita dibelakang, memandang dengan pandangan "penuh makna"... Baikkah itu? Muliakah perbuatan itu?


Mereka yang ingin mencuba, mujahadahnya tinggi. Tahukah kita betapa susahnya mereka untuk memulakan langkah pertama? Tahukah kita? Kita tak mungkin tahu. Jika akhirnya mereka kecundang juga, perlukah mereka dipersalahkan? Setidak-tidaknya mereka telah mencuba. Setidak-tidaknya mereka punya keberanian untuk mencuba. Dan bukan kita yang layak untuk menjadi hakim. Itu urusan mereka dengan yang diatas sana. Kita, yang selalu merasa diri kita ini telah sempurna, dimanakah mujadah kita?? Dimanakah kesusahan kita?


Takabbur..mukanya cantik, tetapi hatinya bak air yang keruh. Penyakit hati ini jika dibincangkan, memang panjang. Jadi, saya cuma ingin berkongsi 5 cara untuk mengelak sifat takabbur yang saya dapat dalam perkongsian minggu lepas.


1. Jika bercakap dengan kanak-kanak, anggaplah mereka mulia kerana mereka tidak mempunyai dosa lagi. Bersih bak kain putih.

2. Jika bercakap dengan mereka yang lebih tua, anggaplah mereka mulia kerana mereka telah dulu makan asam garam dari kita? :p mereka telah dapat masa yang lebih panjang dari kita untuk beribadah.

3. Jika bercakap dengan orang berilmu, anggaplah mereka mulia kerana mereka punya lebih banyak ilmu dari kita.

4. Jika bercakap dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka melakukan dosa dalam keadaan jahil (tidak tahu), sedangkan kita? sudah tahu, tetapi tetap melakukan dosa.

5. Jika bercakap dengan orang kafir, anggaplah mereka lebih baik dari kita kerana sekiranya hidayah sampai kepada mereka dan Islam menjadi pilihan mereka, diri mereka akan lahir kembali seperti bayi yang baru dilahirkan, tidak punya sebarang dosa. Berapakah banyak dosa kita sehingga hari ini jika dibandingkan dengan mereka?


Tidak perlulah kita membandingkan diri sesama kita. Cukuplah sama-sama berusaha kearah yg lebih baik. Kita tidak tahu, mereka mungkin lebih baik dari kita dan mereka mungkin lebih mulia dari kita. Kita tidak tahu itu, kerana itu bukan urusan kita....wallahua'lam.


p/s: gosip2!!! apsal pagi ni saya dengar orang kampung saya kt sini ada kereta? :/ sejak bila...? saya tak tahu....??? betulke...sewa kot, nanti tanye..=D


just another piece of mind speaking


write to breathe


love,

fatima azmi

Categories: life

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments