| Posted on August 16, 2010 at 8:00 PM |
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Alhamdulillah sempurna sudah hampir seminggu berpuasa di bulan yang mulia ini. Anda berbuka puasa apa hari ini? Family kami di beit lorong kecil sarafah ini berbuka macam-macam hari ni. Dan macam biasa, ade je lauk yang dipeghangat (bak kata Anah) ![]()
Dan untuk dessert hari ini, Pait buat Pineapple Cobbler. Pehh, menjadi gitu..sedap..nyum2! :D. Memang pilihan yang tepat untuk dibuat pencuci mulut. Senang dibuat, cepat dimasak dan yang pentingnya..sedap dimakan. Memang sesuai untuk kita-kita ni lepas makan nasi atau ape-ape yang berat masa berbuka puasa.
Dengan kesegaran buah nenas dan kelembutan kek, ditambah pula dengan kenyamanan ais krim..memang cair di mulut..:D. Cuba la lain kali. Resepi? Google je..:)
Alhamdulillah sekali lagi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan diberi peluang untuk merasai pelbagai nikmat di bumi Allah ini..:)
p/s: makan sudah, maghrib sudah..semua sudah..tarawih jom..:)
love,
fatimaazmi
The words you entered did not match the given text. Please try again.
Oops!
Oops, you forgot something.